23 penduduk Palestin termasuk 9 kanak-kanak dtangkap

RAMALLAH, 5 Dis 2016 (IMEMC) — Pasukan keselamatan Zionis awal pagi tadi menangkap sekurang-kurangnya 23 penduduk Palestin, termasuk sembilan orang kanak-kanak berumur sembilan hingga 15 tahun, dalam operasi memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah aktivis di al-Quds dan beberapa wilayah di Tebing Barat.

Lapan daripada mangsa didakwa sebagai orang buruan yang telah membuat serangan ke atas Yahudi.

Tentera Zionis menyerbu masuk daerah Silwan di selatan Masjid al-Aqsa dan menangkap bekas tahanan politik Dawud Goul setelah mengepung rumah beliau. Sejumlah pemuda Palestin bertindak membaling batu, mencetus tembakan dari pihak tentera penjajah.

Enam kanak-kanak turut ditangkap dari al-Quds, di mana dua daripada mereka dibebaskan kemudiannya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts