23 penduduk Palestin termasuk wanita diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 8 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 23 penduduk Palestin termasuk seorang wanita dari beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Persatuan Tahanan Palestin mengesahkan seorang penduduk, Raafat Masalmeh, diculik dari wilayah al-Khalil di selatan Tebing Barat.

Manakala di wilayah Beit Lahm, empat penduduk diculik iaitu Muhammad Yousef al-Zir along with his brother Zacharia, Khalid Wajih al-Zir dan Muhammad Ali Atallah.

Di tengah Tebing Barat pula, enam penduduk diculikd dari wilayah Ramallah iaitu Akram Jumaa Hamayil, Fouad Dar Khalil, Awad Abu Alia, Imad Hamad, Jawad Hama dan Rami Karajeh.

Di utara Tebing Barat, lima orang diculik dari wilayah Nablus iaitu Fayruz Naalwa, Muhammad al-Bahash, Hamad Hashash, Sous Marshud, dan Amar Abu Mustafa.

Sementara di wilayah Tulkarem, tujuh penduduk diculik iaitu Walid Suleiman Abu Sheikha, Louay Hussam Abu al-Ouf, Amid Azmi Naalwa, Laith Bassam Mahdawi, Amro Sahil Awda dan Adib Qasem Ibrahim bersama anak lelakinya, Majdi.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 5,781 penduduk Palestin termasuk 65 wanita dikurung dalam penjara Zionis.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts