24 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita diculik

RAMALLAH, 10 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 24 penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, dari beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Seramai tiga orang diculik dari wilayah al-Khalil di selatan Tebing Barat, iaitu Amr al-Sleibi, Saif Ibrahim Asafra dan Yazan Ahmad Asafra.

Di wilayah Jericho di tengah Tebing Barat, tiga lagi penduduk diculik iaitu Jihad Mahmoud Munasra, Yazan Muhammad Abu Zeid dan Hazem Mahmoud Abed al-Khaliq.

Manakala di utara Tebing Barat, remaja Baraa Youssef, 17, diculik di sebuah sekatan tentera Zionis di wilayah Qalqilya. Manakala dua yang lain, Yahiya Adnan Samhan, 23, dan Muhammad Imad al-Shakhshir, 19, diculik dari wilayah Nablus.

Juga di utara Tebing Barat, seramai 15 orang termasuk seorang wanita diculik dari wilayah Tulkarem. Mereka adalah Majida al-Tini, Rabie Muhammad Abu Rabia, Kamal al-Bado, Mahmoud al-Bado, Suleiman Izzam Abu Sheikha, Hassan Azzam Abu Sheikha, Tariq Zeid, Nael Awad, Ahmad Qawazah, Awas Obeid, Karam Marwan Dahiliya, Muath Muhammad Dahiliya, Muhammad Imad Naquri dan Walid Suleiman Abu Sheikha, 57, iaitu bapa kepada Ashraf Naawla yang membuat serangan menembak berdekatan kawasan penempatan haram Ariel.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 5,781 penduduk Palestin kini ditahan dalam penjara Zionis, termasuk 65 wanita dan 270 kanak-kanak.

(Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts