24 penduduk Palestin termasuk siswi diculik

RAMALLAH, 18 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis menjalankan operasi besar-besaran menggeledah rumah serta menculik sekurang-kurangnya 24 penduduk Palestin, termasuk seorang siswi, dari beberapa wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

Salah seorang mangsa adalah siswi Universiti Berzeit, Ayat Dahadha, yang merupakan isteri kepada bekas tahanan Asem Barghouti di mana abangnya Saleh Barghouti dibunuh oleh tentera Zionis pada 13 Disember lalu.

Beberapa yang lain termasuk bekas tahanan diculik dari kota Ramallah, Jenin, Baitulmaqdis, Qalqilya, Beit Lahm, al-Khalil dan Nablus.

Di Baitulmaqdis, empat diculik dari perkampungan al-Issawiya.

Tentera Zionis turut memecah masuk dan menggeledah rumah beberapa orang bekas tahanan, termasuk pemimpin kanan Hamas Sheikh Hasan al-Wardiyan dan juga rumah anak lelakinya, Mahmoud, di Beit Lahm.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts