24 penempatan haram Yahudi dibina di Salfit

SALFIT, 1 Ogos 2016 (PIC) — Sebanyak 24 buah penempatan haram Yahudi dibina di atas tanah pertanian, perkampungan dan bandar Palestin di Salfit.

Pertumbuhan ketara itu sekaligus menghapuskan rancangan pembangunan bandar dan perkampungan Palestin, di mana penduduk Palestin dilarang membina rumah di kawasan tersebut yang kini diisytikar sebagai Zon C, iaitu kawasan yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis.

Zionis turut merampas dan mengawal sumber asli penduduk Palestin, termasuk bekalan air.

Penempatan haram Yahudi yang melibatkan pembinaan zon industri, kawasan hutan simpan, lebuhraya, kem tentera serta menara pemerhati kini menukar wilayah Salfit daripada “syurga zaitun” menjadi kawasan yang terkepung dengan Tembok Pemisah dan penempatan haram Yahudi di segenap penjuru.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts