2,400 rumah penduduk al-Khalil dipecah masuk dalam 10 hari

AL-KHALIL, 10 Julai 2016 (PIP) — Sebanyak 2,400 rumah penduduk Palestin di al-Khalil dipecah masuk dan digeledah oleh tentera penjajah Zionis sejak 10 hari lalu.

Pihak rejim penjajah meningkatkan operasi mencari maklumat berikutan insiden serangan berani mati dekat penempatan haram Otneil pada 1 Julai lalu.

Sungguhpun wilayah al-Khalil dikepung, di mana lebih 250 jalan menuju ke laluan Route 60 ditutup, tentera Zionis masih gagal mengenal pasti penyerang terbabit.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts