DAMASKUS, 7 Apr 2019 — Badan Bertindak Bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) hari ini melaporkan seramai 241 kanak-kanak pelarian Palestin telah terbunuh sejak perang tercetus di Syria pada tahun 2011.

Pasukan pemantau AGPS merekodkan 123 orang terbunuh dalam serangan bom, 26 yang lain ditembak, dua akibat didera, dan 22 lagi lemas di laut. Manakala seorang lagi kanak-kanak terbunuh secara penuh misteri.

Sementara 22 kanak-kanak terbunuh dalam letupan kereta, 34 akibat sekatan dan tidak mendapat rawatan perubatan, dan 14 lagi terbakar, sesak nafas sehingga mati, dilanggar, serta dibunuh selepas diculik.

AGPS bagaimanapun percaya bilangan mereka yang terbunuh adalah lebih tinggi kerana suasana pengeboman dan pertempuran masih berterusan, menyebabkan sukar untuk mendokumentasi umur mangsa.

Statistik mutakhir AGPS menunjukkan 3,920 pelarian Palestin telah terbunuh di Syria sejak 2011.

(PIC)

SHARE