BAITULMAQDIS, 2 Apr 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi 244 pendatang Yahudi bersama dua pegawai perisikan Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.

Ketika kejadian, sebuah pesawat polis Zionis berlegar pada aras rendah di ruang udara tapak umat suci itu.

Sementara itu ribuan pendatang Yahudi berkumpul di dataran al-Buraq di barat Masjid al-Aqsa bagi melakukan ritual Talmud dan menyembut perayaan Paskah Yahudi yang bermula sejak dua hari lalu. Perayaan Paskah akan berterusan sehingga akhir minggu ini.

Semalam, lebih 200 pendatang Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual berdekatan Kubah as-Shakra’. Polis Zionis menghalang sebilangan penjaga masjid memasuki tapak suci itu.

(PIC)

SHARE