25 penduduk Palestin diculik

BAITUL MAQDIS, 29 Mei 2017 (Maan) — Sekurang-kurangnya 25 orang termasuk bekas tahanan dan kanak-kanak diculik dari Tebing Barat dan kota Baitul Maqdis awal pagi tadi.

Seramai 13 pemuda ditangkap setelah tentera penjajah Zionis memecah masuk rumah penduduk Palestin di bandar Issawiya di timur Baitul Maqdis.

Tentera turut menyerang dan menangkap penduduk di bandar Burin, Beita dan Kasra dalam wilayah Nablus. Bekas tahanan Baraa Hamayel ditangkap di rumahnya di Beita al-Fouka.

Dalam kejadian di bandar Balaa di utara wilayah Tulkarem, tentera memecah masuk rumah penduduk Ziad Hamdan dan menyerang ahli-ahli keluarganya secara ganas setelah menyoal siasat mereka. Beberapa kumpulan tentera turut dikerah sebuah masjid untuk memburu pemuda-pemuda Palestin.

Rumah penduduk di bandar Azzoun, timur Qalqilya, turut dipecah masuk dan digeledah di mana dua pemuda telah ditangkap.

Seorang lagi bekas tahanan, Fahd Sbeih, ditangkap dari rumahnya di wilayah al-Khalil.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts