25 penduduk Palestin diculik oleh tentera Zionis

BAITULMAQDIS, 6 Ogos 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 23 penduduk Palestin dalam operasi di beberapa daerah di Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang awal pagi tadi.

Dalam kejadian di bandar al-Eizariya di Baitulmaqdis, tentera Zionis menangkap dan menculik Tareq al-Amouri ketika beliau sedang tidur dalam rumahnya. Mereka turut menculik tiga pemuda lain, Faris Adel al-Titi, 24, Mu’tasim al-Sayed Ahmed dan Mohammed Walid Hajjajra.

Dalam operasi di bandar Asira ash-Shamaliya di utara Nablus, seramai 11 penduduk diculik dari rumah-rumah mereka. Mangsa-mangsa adalah Dirar Ahmad Hamadneh, 58, dan anak lelakinya Amr, 33, dan Ahmad, serta Abu Hassan Hammadna, 37, dan Mohammad Sa’ada, 41, Hamza Abdullah Yassin, Mohammad Fayek Hamadneh, Omar Nidal Yassin, Baraa Essam Jarra’a, Adham Shuli, dan Mohammad Abdel Fattah Khrouche, 23.

Manakala jurnalis Mohamaed Ateiq, diculik selepas tentera memecah masuk rumahnya di bandar Bal’a di Tulkarem. Tiga bekas tahanan, Mohammed Ali Ateeq, Muhtadi Jamil Al-Assi dan Mohammed Farouk Abed, diculik dari beberapa kawasan di daerah Jenin.

Pemuda Fares Attiti diculik dari rumahnya di kem pelarian al-Fawwar di al-Khalil. Dua yang lain, Haitham Awwad Jarahid dan Marwan Awad Jarahid, diculik dari rumah keluarga Jaraheed di bandar al-Auja berdekatan daerah Jericho.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts