260 Yahudi ceroboh Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 3 Apr 2018 — Seramai 260 orang Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa pada hari keempat perayaan Paskah hari ini.

Jabatan Wakaf mengesahkan bahawa mereka diiring oleh pasukan polis Zionis masuk melalui Pintu al-Maghareebah dan melakukan ritual di atas tapak suci umat Islam itu.

Sepanjang mereka berada di atas tapak suci itu, polis Zionis menghalang pegawai media dan hubungan luar Jabatan Wakaf, Feras al-Debs, dan beberapa orang penjaga masjid daripada memasuki kawasan al-Aqsa.

Sejak semalam, lebih 500 pendatang Yahudi telah menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan membuat provokasi terhadap para jemaah.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts