27 penduduk Palestin diculik di Tebing Barat dan al-Quds

NABLUS, 11 Jan 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 27 penduduk Palestin ditangkap dalam operasi tentera Zionis di Tebing Barat dan al-Quds awal pagi tadi.

Kempen memburu aktivis anti-penjajahan itu menyasarkan empat penduduk Palestin dari kem Nour Shams di timur Tulkarem, dua yang lain dari kem Balata di timur Nablus dan dua lagi dari timur Qalqilya dan utara Salfit.

Tiga diculik dari utara Ramallah manakala dua pemuda diculik dari bandar Qatna di barat laut al-Quds dan bandar Dura di selatan al-Khalil.

Seramai 11 lagi diculik dari bandar Tekoua’ di selatan Beit Lahm.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts