RAMALLAH, 15 Jun 2017 (Maan) — Rejim Zionis telah mengenakan tahanan pentadbiran – hukuman penjara tanpa pertuduhan mahupun perbicaraan dengan hanya berdasarkan kepada bukti rahsia – ke atas 27 penduduk Palestin sejak awal bulan ini.

Menurut laporan Persatuan Tahanan Palestin (PPS), kebanyakan hukuman tersebut melibatkan lanjutan kepada tempoh tahanan sedia ada. Sebahagian daripada tahanan dilanjutkan tempoh sehingga sembilan bulan.

Pihak berkuasa Zionis merahsiakan “bukti” mereka yang tertuduh kononnya untuk keselamatan negara, namun pertubuhan-pertubuhan hak asasi mendakwa ianya hanyalah satu bentuk helah untuk mengurung penduduk Palestin tanpa sebarang bukti untuk tempoh yang tidak ditentukan.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 6,200 penduduk Palestin sedang merengkok dalam penajra Zionis di mana 490 daripada mereka ditahan di bawah tahanan pentadbiran.

SHARE