27,000 kanak-kanak Palestin menjadi mangsa kekejaman Zionis

RAMALLAH, 5 Apr 2016 (Alray) — Sekitar 27,000 kanak-kanak Palestin menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis sejak tahun 2000, samada dibunuh, tercedera ataupun ditangkap.

Laporan rasmi Kementerian Penerangan Palestin semalam menyebut bahawa tentera dan pasukan keselamatan Zionis membunuh 2,070 orang kanak-kanak dan mencederakan lebih 13,000 yang lain sejak 28 September 2000, apabila tercetusnya Intifadah al-Aqsa.

Lebih 12,000 kenak-kanak ditahan sejak tarikh tersebut. 480 orang masih lagi berada dalam pejara Zionis.

Menurut laporan tersebut lagi, 95% daripada mangsa melalui pengalaman dianiaya dan didera ketika dalam tahanan atau sesi soal siasat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts