NABLUS, 11 Mac 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 28 penduduk Palestin, termasuk 21 orang pekerja yang diserbu di Beit Lahm ketika menuju ke tempat-tempat kerja mereka di wilayah Palestin 1948, awal pagi tadi.

Seramai tiga orang diculik berdekatan sebatang jalan khusus untuk pendatang Yahudi di Lembah Jordan, atas tuduhan membawa bom Molotov.

Sementara tiga yang lain, Yaser, Yousuf dan Saif Abu Kan’an, diculik ketika melalui kawasan berdekatan penempatan haram Itamar di bandar Beit Bajan di timur kota Nablus ketika menuju ke tempat kerja. Mereka turut dipaksa membayar denda sebanyak 3,500 shekel.

Tentera Zionis turut menyerbu kejiranan Ras al-Ain dan al-Basha di Nablus, menggeledah beberapa buah rumah dan merampas rakaman kamera keselamatan dari kedai-kedai di kejiranan al-Masaken al-Sha’biya.

(PIC)

SHARE