28 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

NABLUS, 15 Jan 2019 — Sekurang-kurangnya 28 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dan pengembala diculik oleh tentera penjajah Zionis dari Tebing Barat malam tadi.

Dalam kejadian di Nablus, pasukan tentera Zionis menculik dua-beradik Ala’ Hashash dan adiknya Ameed, di samping Sultan Ibrahim Abu Mustafa dan Fadi Emad Abu Hadrous, selepas memecah masuk rumah mereka. Tentera turut menggempur kem pelarian Balata dan menggeledah rumah serta merampas sejumlah wang tunai.

Manakala seorang pemuda diculik ketika melintasi sekatan tentera Huwara di selatan kota Nablus.

Di Jenin, puluhan anggota tentera menyerbu bandar Ya’bad dan kem pelarian Jenin, dan menculik lapan penduduk. Mereka adalah Majd Ahmad Ba’jawi, Abdullah Maher Abu Bakr, Jihad Allam Abu Bakr, Thaher Haitham Amarna, dan adiknya Adel, dari bandar Ya’bad di barat Jenin. Manakala Rateb Abdul-Karim ‘Oweis, Baha’ Qasrawi dan Mohammad Adel Alaqma diculik dari beberapa bandar lain di Jenin. Rateb adalah anak kepada Abdul-Karim ‘Oweis yang telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Banyak rumah dipecah masuk di Ramallah dan al-Biereh di mana enam orang diculik iaitu Mohammad Mahmoud Qa’ad, 28, Suleiman Abu Ghosh, Yahia Silwadi, Ibrahim Abdullah Askar, Sa’id Jouda Yacoub dan Assef Refa’ey.

Dalam kejadian di Beit Lahm, empat penduduk termasuk dua kanak-kanak diculik selepas tentera Zionis memecah masuk rumah mereka. Mereka adalah Mohannad Sabri Thawabta, 14, Mohammad Nabil Thawabta, 15, Mohammad Hasan Abu Ajamiyya dan Baha’ Khaled al-Badan.

Sebilangan rumah turut dipecah masuk di al-Khalil, di mana lima penduduk termasuk dua bekas tahanan diculik iaitu Mohammad Mahmoud Awad, 28, Mershed Mohammad Za’aqeeq, 46, Hamza Hosni Nassereddin, 19, Hasan Abdul-Salam ‘Oweiwi, dan Ahmad Fadel Mahfouth, 19.

Di dataran utara Tebing Barat, pengembala Yousef Bisharat diculik dri kawasan Makhoul selepas segerombolan pendatang Yahudi mengejar beliau bersama ternakannya.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts