28 penduduk Palestin diculik

RAMALLAH, 14 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 28 penduduk Palestin dari wilayah-wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Pemuda Marwan Amawi diculik selepas pasukan tentera memecah masuk dan menggeledah rumah beliau di bandar Beit Dajan di timur Nablus. Tentera Zionis turut menyerang masuk rumah-rumah penduduk di bandar Asira al-Qibliya di selatan Nablus awal pagi tadi.

Sementara itu puluhan pendatang Yahudi dari penempatan haram Yitzhar menyerbu kawasan kejiranan al-Khanadeq dan membaling batu ke arah rumah-rumah.

Dalam kejadian di Jenin, tentera Zionis menangkap dua pemuda dan memasang sekatan di jalan menghubungkan Jenin dan Ya’bad untuk memeriksa kenderaan penduduk.

Tentera Zionis juga menyerbu bandar Kafr Thulth di Qalqilya dan menangkap bekas tahanan Diaa Shawahnen. Dua yang lain diculik dari Ramallah, lima dari wilayah Beit Lahm dan enam lagi dari kota Baitulmaqdis.

Berikut adalah senarai penuh mangsa-mangsa yang diculik:

  1. Diaa Shawahnen, bekas tahanan politik dari Kafr Thulth – Qalqilia.
  2. ‘Ala Abu ar-Ron, Jenin.
  3. Wisam Hannoun, kem pelarian Jenin.
  4. Marwan Ammawi Abu Thabet, Beit Dajan – Nablus.
  5. Mahmoud Marshoud, kem pelarian al-Am’ari, Ramallah.
  6. Mahmoud Ahmad Taqatqa, Beit Fajjar – Beit Lahm.
  7. Shadi al-Badawna, kem pelarian Aida – Beit Lahm.
  8. Daoud al-Bom, Beit Lahm.
  9. Mohammad Sameeh Aziyya, bandar Doha – Beit Lahm.
  10. Mohammad ‘Adel al-‘Kamel, Beit Lahm.
  11. Qussai Mustafa Abu Alia, al-Mughayyir, Ramallah.
  12. Haitham Mahmoud Ayyad, Abu Dis – Baitulmaqdis.
  13. Adham Nader Jaffal, Abu Dis – Baitulmaqdis.
  14. Mohammad Khaled Jaffal, Abu Dis – Baitulmaqdis.
  15. Mohammad Morad Abu Hilal, Abu Dis – Baitulmaqdis.
  16. Anas Abu ‘Assab, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
  17. Ahmad Yousef ‘Obeid, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
  18. Khaled ‘Awni Abu Ghosh, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
  19. Mohammad Mousa Mustafa, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
  20. Samir Akram ‘Atiya, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
  21. Husam Sameeh ‘Oleyyan, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
  22. Mohammad Bassam ‘Oleyyan, ,al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
  23. Laith Darwish, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
  24. Tamer Darwish, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
  25. Amir Darwish, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
  26. Ahmad Daoud Mheisin, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
  27. Odai Mitwer, ar-Ram – Baitulmaqdis.
  28. Mohammad Idrees, ar-Ram – Baitulmaqdis.

(PIC, IMEMC, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts