29 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

NABLUS, 18 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 29 penduduk Palestin termasuk bekas tahanan dan pemimpin pergerakan Hamas dalam beberapa operasi di seluruh wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 12 orang diculik dari Jenin, yang kebanyakannya adalah pemimpin Hamas. Sementara tujuh yang lain diculik dari Ramallah termasuk penasihat undang-undang kelab tahanan dan bekas tahanan, Sami Abu Hussein yang pernah merengkok dalam penjara Zionis selama 25 tahun.

Dalam operasi besar-besaran di al-Khalil, lima orang diculik.

Seorang lagi penduduk diculik dari Tulkarem.

Manakala di Nablus, tentera Zionis menyerbu bandar al-Asira secara ganas dan menjalankan operasi memburu penduduk secara besar-besaran. Sebilangan sekatan jalan juga dibina ketika operasi tersebut.

Berikut adalah senarai sebahagian mangsa yang diculik:

  1. Saed Abi al-Baja, Betunia – Ramallah.
  2. Sami Abu Hussein (bekas tahanan politik), Betunia – Ramallah.
  3. Ibrahim Ahmad Tamimi, Dier Nitham – Ramallah.
  4. Mouse Srouji, Tulkarem.
  5. Odai al-Amour, Yatta – al-Khalil.
  6. Mohammad al-Amour, Yatta – al-Khalil.
  7. Rami Najjar, Yatta – al-Khalil.
  8. Mohammad Jibrin, Yatta – al-Khalil.
  9. Ahmad Jibrin, Yatta – al-Khalil.
  10. Omar Mohammad Barghouthi, Ramallah.
  11. Nassim Hosni Barghouthi, Ramallah.
  12. Ayyoub Rasmi Abu Alia, al-Mghayir – Ramallah.
  13. Montasser Misbah Abu Alia, al-Mghayir – Ramallah.
  14. Ahmad Tayyeb, kem pelarian Jenin.
  15. Tamer Ahmad Tayyeb, kem pelarian Jenin.
  16. Saber Ahmad Tayyeb, kem pelarian Jenin.
  17. Rauf Ahmad Tayyeb, kem pelarian Jenin.
  18. Wisam Abu Zeid, kem pelarian Jenin.
  19. Awni Kamil, Qabatia – Jenin.
  20. Issam Saba’na, Qabatia – Jenin.
  21. Abdul-Hakim Mousa, Marka – Jenin.
  22. Moath Mousa, Marka – Jenin.
  23. Fadi Hussein al-Atrash, Kafr Ra’ey – Jenin.
  24. Borhan Mustafa al-Atrash, Kafr Ra’ey – Jenin.
  25. Omar Mheisin, kem pelarian Shu’fat – Baitulmaqdis.
  26. Mahmoud Sa’adi al-Adawein, kem pelarian Shu’fat – Baitulmaqdis.
  27. Ra’eda Sa’id, Baitulmaqdis.

(PIC, Maan, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts