29 penduduk Palestin diculik

AL-KHALIL, 14 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menculik sekurang-kurangnya 29 penduduk Palestin dari beberapa kawasan di Tebing Barat, atas tuduhan terlibat dengan aktiviti anti-penjajahan.

Dalam kejadian di selatan al-Khalil, tentera Zionis memecah masuk sebuah bengkel besi di bandar Yatta dan merampas peralatan yang didakwa diguna untuk membuat senjata.

Seramai enam penduduk Palestin diculik dari al-Khalil, termasuk dua orang wanita dan seorang pemimpin kanan Hamas.

Kumpulan besar tentera memecah masuk rumah Ahli Parlimen Mohamed Bader di kejiranan Wadi Abu Katila di utara al-Khalil, dan menculik isterinya, Sa’ida Bader, yang merupakan seorang pengarah di sebuah yayasan kebajikan anak-anak yatim. Mereka turut memecah masuk rumah Zain al-Abeddin Owadeh di kawasan Haram al-Rama di al-Khalil dan menculik isterinya, Sunya al-Hamouri.

Terdahulu, tentera Zionis menyerbu perkampungan Safa di utara al-Khalil dan memecah masuk rumah-rumah penduduk, sehingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk. Beberapa orang cedera sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata, sementara seorang pemuda cedera terkena tembakan.

Pemimpin kanan Hamas, Mohamed Abu Ghazi, sersama lima penduduk lain diculik dari bandar Beit Ummar berdekatan perkampungan Safa.

Tentera Zionis turut menyerbu bandar-bandar dan perkampungan-perkampungan di wilayah Ramallah, termasuk Rima, Aboud, Kharbatha al-Misbah, dan Deir Qaddis, dan menculik lapan penduduk dari rumah-rumah mereka.

Seramai enam yang lain diculik dari Tulkarem, Jenin, Jericho dan kem pelarian Aqabat Jaber. Beberapa orang lagi diculik dari kem pelarian Deheisheh di Beit Lahm dan beberapa kawasan di Nablus.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 5,820 penduduk Palestin termasuk 63 wanita sedang dikurung dalam penjara-penjara Zionis.

Berikut adalah senarai mangsa-mangsa yang diculik:

  1. Sonia al-Hammouri, al-Khalil.
  2. Sa’eda Bader, al-Khalil.
  3. Mohammad ‘Aadi, al-Khalil.
  4. Ghazi ‘Aadi, al-Khalil.
  5. Dia’ ‘Aadi, al-Khalil.
  6. Majd ‘Aadi, al-Khalil.
  7. Emad Abu Turk, al-Khalil.
  8. Ya’coub Abu Turk, al-Khalil.
  9. Mahmoud Barghouthi, Ramallah.
  10. Rami Ezzat Barghouthi, Ramallah.
  11. Adnan Barghouthi, Ramallah.
  12. Mazen Radwan Rimawi, Ramallah.
  13. Arafat Nasser, Ramallah.
  14. Ammad Abu Saleh, Ramallah.
  15. Saleh Atiya, Ramallah.
  16. Mahmoud Saleh Atiya, Ramallah. (anak lelaki kepada Saleh)
  17. Ibrahim Khaled Hamamra, Beit Lahm.
  18. Ramez Yousef Lahham, Beit Lahm.
  19. Dia’ Khalil Ja’fari, Beit Lahm.
  20. Safa’ Jihad Abu al-‘Asal, Jericho.
  21. Ahmad Jihad Abu al-‘Asal, Jericho. (Adik Safa)
  22. Yousef Suleiman Karshan, Jericho.
  23. Daoud Khalil Abu Dahouk, Jericho.
  24. Bara’ Na’el Dweikat, Nablus.
  25. Husam Emad al-‘Amoudi, Nablus.
  26. Mo’in Tabanja, Nablus.
  27. Salam Anan Bishkar, Nablus.
  28. Soheib Khader al-Hosary, Tulkarem.
  29. Mohammad Bilal Abu Bakr, Jenin.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts