RAMALLAH, 1 Ogos 2018 — Seramai 291 orang kanak-kanak Palestin masih dikurung dalam penjara Zionis.

Manakala seramai 25 kanak-kanak telah dibunuh oleh tentera Zionis sejak awal tahun 2018, 21 daripada mereka dari Gaza. Menurut kenyataan Defense for Children International-Palestine, tentera Zionis sengaja membunuh kanak-kanak dengan tembakan peluru hidup di mana 11 mangsa ditembak di bahagian kepala atau leher.

Lebih 1,000 lagi kanak-kanak Palestin cedera diserang ketika menyertai perhimpunan aman Great Return March di sempadan Gaza. Sebahagian daripada mangsa cedera parah dan kritikal, serta terpaksa dipotong anggota badan.

(PalestinNow)

SHARE