3 Ahli Parlimen Zionis termasuk Yehuda Glick ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 9 Julai 2018 — Tiga Ahli Parlimen pelampau Zionis, Yehuda Glick, Amir Ohana dan Shuli Mualem, mengetuai gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Pasukan polis Zionis mengiringi mereka berarak menodai tapak suci umat Islam itu, sementara para jemaah dikenakan sekatan di pintu-pintu masuk utama. Sebahagian ahli jemaah dipaksa meninggalkan kad pengenalan mereka untuk masuk beribadah.

Gerombolan besar tentera dan polis Zionis dikerahkan ke perkarangan Masjid al-Aqsa ketika mereka berada di situ. Ketiga-tiga Ahli Parlimen tersebut menyanyi lagu “Hakitvah” ketika beredar keluar melalui Pintu al-Silsilah.

Sementara puluhan lagi pendatang Yahudi menceroboh masuk beberapa jam kemudian, sehingga menimbulkan kebimbangan bahawa tapak suci itu akan dijadikan sebagai zon yang dikawal oleh tentera Zionis dan pendatang Yahudi.

(Maan, PIC, IMEMC, PNN)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts