3 askar Zionis cedera ditembak di al-Bireh

RAMALLAH, 31 Jan 2016 (PIC) — Tiga orang askar penjajah Zionis cedera, dua daripadanya dalam keadaan parah, apabila ditembak oleh seorang pemuda Palestin di sekatan Beit El, di utara bandar al-Bireh pagi tadi.

Pemuda berumur 35 tahun tersebut Amjad Sukari, yang bekerja sebagai seorang pengawal polis swasta di pejabat pendakwaraya Ramallah, meninggal dunia ditembak di tempat kejadian.

Amjad memandu sebuah kenderaan milik pejabat pendakwaraya untuk sampai di sekatan Beit El, sebelum memberhentikan kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah gerombolan tentera Zionis di situ dengan sepucuk pistol.

Tentera Zionis bertindak mengepung tempat kejadian dan menghalang ambulan Palestin daripada mendekati Amjad, tetapi membenarkan ambulan Zionis membawa askar yang tercedera ke hospital.

Amjad Sukari
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts