3 askar Zionis cedera, seorang penduduk Palestin maut di sempadan Gaza

GAZA, 1 Ogos 2019 — Seorang pegawai dan dua anggota tentera Zionis cedera ditembak berdekatan pagar sempadan di kawasan Kissufim, selatan Gaza, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku dalam satu insiden berbalas tembakan dengan seorang penduduk Palestin, yang dilaporkan maut. Penduduk Palestin tersebut didakwa turut membaling grenad.

Susulan insiden, tentera Zionis menutup semua jalan-jalan berdekatan sempadan dan mengerah anggota tentera tambahan berkawal di kawasan-kawasan penempatan haram Yahudi. Sementara kereta kebal tentera Zionis turut mengebom sebuah pos kawalan milik pasukan mujahidin.

Identiti penduduk Palestin terbabit masih tidak dapat dikenal pasti.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts