3 bayi Gaza meninggal dunia dalam 24 jam

GAZA, 27 Jun 2017 (PIC) — Tiga bayi Gaza meninggal dunia dalam tempoh kurang 24 jam apabila Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah tidak membenarkan mereka keluar dari wilayah yang terkepung itu untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qudra, menyebut bahawa bayi Ibrahim Samir Tbeil, 9 bulan, meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital al-Rantissi, manakala seorang lagi bayi Baraa Ghaban meninggal dnuia di Pusat Rawatan al-Shifa kerana masalah jantung beberapa jam sebelumnya.

Terdahulu, bayi Mus’ab Bilal al-Arier juga meninggal dunia.

Ashraf serta aktivis-aktivis hak asasi mendakwa PA dan rejim Zionis bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku, dan memberi amaran lebih banyak kematian akan berlaku sekiranya langkah kecemasan tidak diambil.

Menurut Ashraf, dari 3,000 hingga 4,000 bayi di Gaza memerlukan rawatan kecemasan di luar negara kerana hospital tempatan tidak mempunyai peralatan untuk menyelamatkan mereka.

Sejak awal 2017, seramai tujuh pesakit Gaza telah meninggal dunia apabila PA enggan membenarkan mereka keluar.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts