3 cedera, 18 ditangkap di Tebing Barat

RAMALLAH, 29 Jan 2018 — Seramai tiga penduduk Palestin cedera dan 18 yang lain ditangkap dalam operasi tentera Zionis di beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Tentera Zionis menyerbu kem pelarian Jenin dan memecah masuk serta menggeledah rumah penduduk, dan akhirnya menangkap dua pemuda dari kem tersebut.

Serbuan besar-besaran juga dilakukan di perkampungan Burqin berdekatan kem pelarian Jenin buat minggu kedua berturut-turut, untuk memburu pejuang Ahmad Jarrar.

Sementara itu tiga pemuda cedera dalam pertempuran di bandar Beit Furik di timur Nablus. Seorang pemuda ditembak dengan peluru hidup di bahagian kakinya, manakala seorang lagi terkena serpihan tembakan di bahagian bahu. Seorang lagi pemuda terkena tembakan bom pelali di bahagian kepalanya. Semua mangsa dikejarkan ke sebuah hospital.

Beberapa lagi tangkapan berlaku di wilayah al-Khalil, Beit Lahm, Qalqilya, Ramallah, Tulkarem dan juga Baitulmaqdis.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts