3 cedera ditembak di sempadan Gaza

GAZA, 5 Ogos 2018 — Tiga pemuda Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis di timur kem pelarian Bureij awal malam tadi.

Peronda tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah skumpulan penduduk Palestin yang berjaga di kawasan perkhemahan Great Return March (GRM) di sempadan kem Bureij, menyebabkan tiga orang pemuda tercedera.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Shuhada al-Aqsa di Deir Balah.

Sekurang-kurangnya 157 penduduk Palestin, termasuk 22 kanak-kanak terbunuh dalam serangan tentera Zionsi ke atas peserta GRM sejak 30 Mac lalu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts