3 Kanak-Kanak Palestin Cedera Ditembak Dalam Pertempuran di Nablus

NABLUS, 21 Disember 2017 — Tiga kanak-kanak Palestin dikejarkan ke Hospital Rafidiya di Nablus apabila cedera ditembak dalam pertempuran dengan tentera Zionis berdekatan kem pelarian Balata di kawasan Makam Yusuf, di laluan masuk utara kota Nablus awal pagi tadi.

Nidal al-Kaabi, 15, yang berasal dari kem Balata ditembak di bahagian kepala. Ramai yang lain cedera sesak nafas.

Pertempuran tercetus apabila beberapa orang pemuda Palestin menutup laluan Jalan Amman yang menuju ke Makam Yusuf, dengan membakar tayar dan membina sekatan bagi menghalang 12 buah bas yang dinaiki pendatang Yahudi menuju ke makam tersebut.

Sebanyak 40 buah kenderaan tentera menyerbu kota Nablus untuk mengawal kemasukan pendatang Yahudi.

Kaum Yahudi percaya makam tersebut sebagai tempat bersemayam Nabi Yusuf. Bagaimanapun penduduk Palestin mendakwa ia merupakan makam Sheikh Yousif Dweikat, seorang tokoh agama tempatan.

(Maan, PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts