LONDON, 25 Julai 2018 — Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) yang berpengkalan di London melaporkan bahawa seramai tiga orang pelarian Palestin didera sehingga mati dalam penjara rejim Bashar Asad di Syria, menjadikan jumlah mangsa penderaan dalam penjara Syria seramai 531 orang.

Mangsa-mangsa dikenali sebagai Anas Abbas Awad, 28, yang ditangkap pada tahun 2011 dan adik-beradik, Mohamed Fayyad Mustafa, 39, dan Nabil Fayyad Mustafa, 38, yang ditangkap pada tahun 2013.

Sementara itu, keluarga pelarian Mahmoud Walid Rahma mendesak pertubuhan-pertubuhan hak asasi supaya membantu mencari anak mereka, Mahmoud, yang telah dibebaskan dari penjara rejim Bashar Asad di bawah perjanjian pembebasan dengan kumpulan Hay’at Tahrir Al-Sham.

Mahmoud bersama sebilangan tahanan yang dibebaskan beberapa hari lalu memutuskan untuk pulang ke Damaskus, namum mereka masih tidak dapat dijejaki.

(MEMO)

SHARE