3 maut, seorang cedera parah dalam serangan di Gaza

GAZA, 25 Julai 2018 — Tiga pemuda Palestin meninggal dunia dan seorang lagi cedera parah dalam serangan kereta kebal tentera Zionis ke atas sbeuah pos pejuang di kota Gaza malam tadi.

Tiga mangsa terbabit dikenali sebagai Ahmad Monir al-Basous, 28, ‘Abada As’ad Ferwana, 29, dan Mohammad Tawfiq al-‘Ar’ir, 27. Semua mereka adalah penduduk kejiranan Shuja’iya di timur kota Gaza. Manakala mangsa yang tercedera dikejarkan ke Hospital Indonesia.

Kereta-kereta kebal yang berkawal di pagar sempadan turut melepaskan tembakan menyasarkan kawasan-kawasan lain di bandar Beit Lahia, kem pelarian al-Bureij dan juga kejiranan al-Zaitoun.

Tentera Zionis mendakwa telah menyerang 17 pengkalan Hamas di sepanjang sempadan sebagai respon kepada insiden seorang askar mereka cedera ditembak di timur kem pelarian al-Bureij semalam.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts