3 pekerja Jabatan Wakaf dihalang masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 10 Okt 2018 — Polis Zionis mengarahkan tiga pekerja Jabatan Wakaf hadir ke balai polis Qishlah di Baitulmaqdis Barat, selepas menghalang mereka daripada memasuki Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Pekerja terbabit adalah Khalil al-Tarhouni, Ahmed Abu Alya dan Khamis Atiya. Mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan Masjid al-Aqsa selama 15 hari.

Sejak beberapa minggu lalu, polis Zionis mengharamkan sebilangan pekerja Jabatan Wakaf memasuki kawasan Masjid al-Aqsa atas tuduhan mengganggu pencerobohan pendatang Yahudi ke atas tapak suci itu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts