3 pemuda al-Quds ditembak mati

AL-QUDS, 3 Feb 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menembak mati tiga pemuda Palestin di al-Quds hari ini atas tuduhan cuba menyerang pegawai polis.

Insiden tersebut berlaku di Pintu Damaskus, salah satu laluan masuk ke Kota Lama al-Quds. Pihak polis Zionis mendakwa mangsa ditembak seletah melakukan serangan ke atas beberapa orang pegawa polis, dengan menggunakan pistol dan pisau.

Kekecohan di tempat kejadian juga menyebabkan polis Zionis menembak sesama mereka.

Ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Ahmed Abu Rub, 21 tahun, Mohamed Kamil, 20 tahun, dan Ahmed Ismail, 22 tahun, yang berasal dari Jenin di utara Tebing Barat.

Tentera Zionis bertindak menutup semua jalan masuk ke Kota Lama dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai beriktan insiden tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts