AL-KHALIL, 29 Nov 2017 — Mahkamah Daerah Zionis telah menjatuhkan hukuman empat kali penjara seumur hidup dengan tambahan 60 tahun serta denda ke atas tiga pemuda Palestin dari bandar Yatta di wilayah al-Khalil, atas tuduhan membuat serangan yang membunuh empat orang Yahudi di pasar Sarona di Tel Aviv pada bulan Jun 2016.

Khalid Muhammad Makhamreh, 22, dan sepupunya Muhammad Ahmad Makhamreh, 22, disabit membuat serangan manakala Younis Ayesh Zein, 23, dituduh membantu mereka berdua.

Bagaimanapun semua mereka dijatuhkan hukuman yang sama atas empat tuduhan membunuh dan 41 tuduhan cubaan membunuh dalam serangan di pasar Sarona, sebuah restoren dan kompleks membeli belah di Tel Aviv.

Setiap pemuda tersebut dihukum empat kali penjara seumur hidup secara berturutan, satu hukuman untuk setiap kematian, dan tambahan 60 tahun ke atas 41 cubaan membunuh.

Ketiga-tiga mereka turut diarah membayar pampasan berjumlah 2,572,000 shekel (RM3,080,274) kepada keluarga mangsa.

(Sumber: PIC, Maan)

SHARE