AL-QUDS, 29 Nov 2017 — Tiga pemuda Palestin termasuk seorang penjaga Masjid al-Aqsa diculik oleh pasukan keselamatan Zionis di kota suci al-Quds.

Hamza Namer, seorang penjaga yang juga pekerja penyeliaan al-Aqsa, ditangkap berdekatan Pintu al-Silsila ketika menuju ke tempat kerja beliau pagi tadi.

Malam Isnin lalu, pihak perisikan Zionis mengarahkan Hamza supaya hadir untuk disoal siasat, hanya sebulan selepas beliau diharamkan memasuki kawasan Masjid ai-Aqsa.

Sementara itu pemuda Alaa Abu Taya, 19, diculik dari rumah keluarganya di kejiranan Ein al-Lawza di bandar Silwan. Manakala pemuda Tareq al-Abassi, 26, juga diculik dari rumahnya di kejiranan Karoum Kamar, Silwan.

Semalam, kanak-kanak Kusay Abu Ramouz, 14, diculik ketika dalam perjalanan ke sekolahnya yang terletak di perkampungan al-Tur di timur al-Quds. Seorang lagi kanak-kanak Ahmed Mahmoud, 14, diculik dari Ras al-Amound, juga di bandar Silwan.

(Sumber: PIC)

SHARE