3 pendatang Yahudi ditembak mati

RAMALLAH, 13 Dis 2018 — Tiga pendatang Yahudi mati dan dua yang lain cedera parah ditembak berdekatan bandar Silwad di wilayah Ramallah pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 11:45 pagi itu, penembak melakukan serangan dari sebuah kenderaan di laluan Route 60, iaitu laluan utama di Tebing Barat, di pos penempatan haram Giv’at Asaf kira-kira 5km ke selatan kawasan penempatan haram Ofra.

Tentera Zionis bergegas ke lokasi apabila terdengar bunyi tembakan, namun penembak berjaya melarikan diri. Pasukan tentera menjalankan operasi besar-besaran memburunya.

Beberapa jam terdahulu, tentera Zionis menembak mati Saleh Omar Barghouti dan Ashraf Na’lawa dalam operasi bersepadu memburu penyerang anti-penjajahan.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts