GAZA, 27 Nov 2018 — Sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin cedera apabila tentera Zionis menyerang peserta perhimpunan laut Great Return March (GRM) ke-17 di pantai utara Gaza petang semalam.

Ratusan penduduk Gaza yang menyertai GRM diserang dengan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata.

GRM dilancarkan pada 30 Mac lalu bagi mendesak rejim Zionis menghentikan sekatan yang dikenakan ke atas penduduk Gaza sejak 12 tahun lalu, serta menuntut hak para pelarian kembali ke kampung halaman mereka.

(PIC, Maan, IMEMC, WAFA)

SHARE