AL-KHALIL, 9 Okt 2018 — Rejim Zionis meroboh tiga buah rumah dan merampas panel solar yang digunakan untuk membekal elektrik di Masafer Yatta, wilayah al-Khalil.

Salah sebuah rumah didiami oleh keluarga Jibril Ahmad Ismail bersama lima ahli keluarganya. Sementara sebuah rumah lagi dihuni oleh Yasser Khalil Younis bersama empat ahli keluarganya, dan rumah ketiga milik Muhammad Ali Muhammad Abu Aram yang tinggal bersama 12 ahli keluarganya.

Semua rumah terbabit diroboh atas dakwaan tidak mempunyai permit pembinaan.

Perkampungan Masafer Yatta, yang juga dikenali sebagai Tanah Tinggi al-Khalil Selatan, dan kawasan sekitarnya menjadi sasaran kempen rejim Zionis untuk menghalau penduduk keluar bagi memberi laluan kepada projek-projek penempatan haram Yahudi.

Khemah-khemah dan bangsal ternakan mereka dering dimusnahkan, dan semua sumbangan luar, termasuk dari negara-negara Eropah, dirampas.

(PIC, Maan)

SHARE