GAZA, 4 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menembak tiga wanita Palestin dengan peluru hidup dan menyerang puluhan yang lain dengan gas pemedih mata berkelajuan tinggi dalam satu perhimpunan khusus wanita Palestin berdekatan kawasan pagar sempadan di timur Kota Gaza petang tadi.

Tiga mangsa terbabit berjaya dibantu oleh pasukan perubatan sebelum dikejarkan ke Hospital al-Shifa.

Serangan berlaku ketika ribuan wanita berarak secara aman dengan mengibar bendera Palestin dan melaungkan slogan membantah tawaran “Deal of the Century” yang diusulkan oleh Presiden Amerika, Donald Trump.

Tawaran tersebut membatalkan hak asasi penduduk Palestin, termasuk hak semua diaspora untuk pulang ke tanah air mereka. Ia turut membuang isu kota Baitulmaqdis dari sebarang rundingan damai akan datang.

(IMEMC)

SHARE