Ringkasan

3 Yahudi Mengaku Bunuh Muhammed Abu Khdeir

khdeirAL-QUDS, 8 Julai 2014 (Ma’an) — Tiga daripada enam orang yang ditahan bagi siasatan ke atas kes penculikan dan pembunuhan Muhammed Abu Khdeir mengaku bersalah melakukan jenayah keji tersebut.

Pihak berkuasa Zionis menahan enam orang pelampau Yahudi Ahad lalu bagi menyiasat kes pembunuhan Muhammed pada 2 Julai lalu, satu insiden yang mencetus pertempuran penduduk Palestin dengan rejim Zionis di Al-Quds Timur dan Tebing Barat. Beliau diculik ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh di masjid dan kemudian ditemui mati dalam keadaan terbakar berdekatan kawasan hutan di Givat Shaul di barat daya al-Quds.

Ketua pendakwaraya, Muhammad Abd al-Ghani Uweili, mendedahkan bahawa laporan bedah siasat mendapati Muhammed telah dibakar hidup-hidup. Selain itu, terdapat kesan hentaman dengan objek tajam dikepalanya.

Dua laporan bedah siasat rasmi yang berbeza akan dikeluarkan, satu oleh pihak Zionis dan satu lagi oleh pihak Palestin.

Ramai penulis Yahudi bagaimanapun mendakwa Muhammed terbunuh dalam perbalahan keluarga. Bahkan terdapat laporan bahawa serahan mayat Muhammed kepada keluarganya terpaksa ditangguhkan kerana pihak Zionis mendesak keluarganya menandatangani dokumen menyatakan bahawa Muhammed terbunuh akibat insiden perbalahan keluarga.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts