30 buah rumah musnah, 500 rosak selepas serangan tentera Zionis

GAZA, 27 Mac 2019 — Menteri Buruh Palestin, Mofeed al-Hasaina, hari ini melaporkan sebanyak 30 buah rumah musnah sama sekali sementara 500 yang lain mengalami kerosakan dalam serangan udara tentera yang bermula petang Isnin.

Serangan kali ini merupakan keganasan tentera Zionis yang paling besar selepas serangan musim panas tahun 2014. Lebih 50 serangan udara telah dilancarkan, dengan menyasarkan pos-pos pejuang Palestin, rumah dan apartmen awam, bangunan komersial, serta kawasan pertanian.

Antara bangunan yang musnah adalah pejabat Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, yang terletak di kejiranan Rimal di kota Gaza dan bangunan tiga tingkat milik syarikat insuran al-Multazem di kejiranan Sabra, juga di kota Gaza.

Manakala di utara Gaza, Masjid Omar Ibn Abdel Aziz di Beit Hanoun hampir musnah keseluruhannya selepas dibom.

(IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts