30 Peratus Penduduk Yahudi Rancang Hijrah Keluar

hijrahTEL AVIV, 9 Sept 2014 (MEMO) — Beberapa media utama┬áZionis mendedahkan seramai 800,000 orang Yahudi telah berhijrah meninggalkan negara haram itu. Manakala 30 peratus lagi daripada keseluruhan penduduknya merancang dan menunggu peluang untuk turut berhijrah keluar.

Ahad lalu, saluran TV Channel 7 menyiarkan sebuah lagu bertajuk “Berlin” yang dinyanyikan oleh kumpulan muzik dari kalangan pendatang Yahudi. Penggambaran filem bagi lagu tersebut telah dibuat di empat benua yang berbeza dan memaparkan trend di kalangan generasi muda Yahudi yang ingin keluar dari negara itu. Lagu itu dikatakan timbul akibat peningkatan trend tersebut.

Terdapat juga sebuah laman web khusus berbahasa Hebrew yang bernama “Tinggalkan Israel,” yang memuatkan panduan bagi mereka yang ingin berhijrah keluar dan memudah-cara jaringan sesama mereka. Laman tersebut turut memaparkan pengalaman mereka yang telah berhijrah dan merasa penuh kegembiraan dalam kehidupan baharu mereka di negara lain. Ramai daripada mereka yang ditemuramah menyatakan isu keselamatan, tekanan tuntutan agama dan kos hidup yang tinggi sebagai alasan utama.

Kajian TV Channel 2 mendapati 30 peratus penduduk sedang serius merancang untuk berhijrah keluar dan 56 peratus lagi tidak pernah terfikir untuk keluar. Terdapat juga kalangan Yahudi yang merancang kempen penghijrahan secara berkumpulan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts