RAMALLAH, 24 Feb 2016 (PIC) — Tahanan ke atas wanita Palestin semakin meningkat dengan ketara, sehinggakan 30 orang daripada mereka termasuk sembilan orang di bawah umur menderita dalam keadaan sesak dan terbiar di penjara HaSharon.

Wakil tahanan wanita Palestin, Lina Jarbouni, mendedahkan bahawa sebahagian daripada mereka dipaksa tidur di atas lantai kerana pihak penjara Zionis tidak menyediakan katil yang mengcukupi.

Beliau menambah bahawa sebilangan tahanan sangat memerlukan rawatan kesihatan yang mendesak, kerana mereka cedera ditembak.

Yasmin Zaru yang berasal dari al-Khalil merupakan tahanan terkini yang dipindahkan ke perjara tersebut. Keadaan beliau sangat menyedihkan dan memerlukan rawatan segera kerana ditembak ketika ditangkap.

Seramai 61 orang wanita Palestin kini ditahan dalam penjara dan pusat tahanan penjajah Zionis.

SHARE