30 Tercedera di Al-Quds Timur & Masjid al-Aqsa

al-quds-1AL-QUDS, 13 Julai 2014 (Ma’an | WorldBulletin¬†) — Tentera Zionis menceroboh masuk ke dalam masjid al-Aqsa hari ini dan melepaskan tembakan peluru getah ke arah para jemaah.

Seorang doktor perubatan yang bertugas di perkarangan masjid, Dr. Ziad Srour, menyatakan seramai 20 pemuda Palestin tercedera dalam pertempuran tersebut. Menurut beliau, kebanyakan mereka ditembak dengan peluru getah di bahagian kepala.

Terdahulu di waktu pagi, pertempuran tercetus apabila pihak berkuasa Zionis menutup pintu masjid daripada dimasuki oleh penduduk Islam dan membuka Pintu Morocco bagi membenarkan sekumpulan pelampau Yahudi masuk.

Pelampau yahudi yang dipimpin oleh Yehuda Glick serta dikawal oleh polis Zionis telah dihalang oleh para jemaah dengan membaling batu dan bunga api.

Penduduk Palestin juga bertempur dengan tenetra Zionis di beberapa kawasan lain di al-Quds Timur sebagai ptotes terhadap serangan ke atas penduduk Gaza.

10 orang tercedera di al-Isawiya apabila tentera Zionis menembak peluru getah dan menyembur air berbau busuk ke arah mereka.

Pertempuran juga dilaporkan berlaku di Shufat, al-Tur dan Anata. Dalam kejadian di Shufat dan al-Tur, tentera Zionis menceroboh masuk ke kawasan kejiranan tersebut dan menembak gas pemedih mata. Manakala di Anata, para pemuda berjaya menghalang cubaan pasukan perisik Zionis daripada memasuki kawasan mereka.

al-quds-2

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts