323 rumah baharu Yahudi akan dibina di al-Quds

AL-QUDS, 27 Julai 2016 (PIC) — Pihak berkuasa rejim Zionis hari ini mengeluarkan tawaran tender bagi membina 323 rumah baharu di beberapa kawasan penemapatan haram Yahudi di al-Quds.

130 daripadanya akan dibina di penempatan haram Har Homa di Bukit Abu Hneim di timur al-Quds. 89 lagi di penempatan haram Gilo di selatan al-Quds, dan 68 lagi di penempatan haram Pisgat Ze’ev dan Neve Ya’akov di utara al-Quds.

Tender tersebut dibuka semula setelah tawaran yang dibuat pada dua tahun lalu gagal mendapat sambutan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts