BAITULMAQDIS, 8 Feb 2018 — Pasukan polis Zionis mengawal dan melindungi 33 orang askar Amerika menceroboh masuk Masjid al-Aqsa beriringan dengan 44 orang pendatang Yahudi pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Wakaf, askar-askar Amerika menceroboh tapak suci umat Islam itu dengan memakai pakaian seragam awam dan diiring oleh seorang pegawai Zionis.

Mereka masuk melalui Pintu al-Maghareebah dan berarak di perkarangan masjid sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsilah.

(PIC)

SHARE