3,379 pelarian Palestin terkorban di Syria

DAMASKUS, 31 Okt 2016 (PIC) — Kumpulan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) melaporkan seramai 3,379 pelarian Palestin telah terkorban dalam peperangan di Syria.

Menurut data yang dikumpul oleh AGPS, seramai 1,923 orang menjadi mangsa pembunuhan dalam serangan bom barel dan peluru berpandu. Sementara itu seramai 453 yang lain meninggal dunia akibat didera dalam penajra rejim Bashar.

Lebih 12,000 pelarian Palestin masih bertahan dan berlindung di kem Khan al-Shih, di mana tentera rejim sedang berusaha untuk menyerang masuk dan mengawal kem tersebut. Mereka hidup dalam keadaan sangat menyedihkan kerana disekat dari dunia luar dan bantuan kemanusiaan tidak boleh dibawa masuk.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts