34 penduduk Palestin cedera, 2 parah

GAZA, 17 Feb 2018 — Sekurang-kurangnya 34 penduduk Palestin cedera, dua daripada mereka dalam keadaan parah, akibat ditembak oleh tentera penjajah Zionis dalam beberapa demonstrasi sepanjang hari Jumaat, semalam.

Tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup ke arah penduduk yang mengadakan demonstrasi bantahan berdekatan sekatan-sekatan di kawasan timur sempadan Gaza, mencederakan 25 orang. Salah seorang mangsa cedera parah di mana salah satu lengan beliau terputus.

Sementara itu, sembilan orang cedera akibat tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata di Tebing Barat. Salah seorang daripada mereka cedera parah ditembak di bahagian kepala.

(DoP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts