BAITULMAQDIS, 24 Jan 2018 — Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 24 tahanan wanita diseksa ketika dikurung dalam penjara HaSharon.

Antara mangsa yang tersenarai dalam laporan tersebut termasuklah Shatila Abu Eyada dan Shourouq Dweiyat, yang kedua-duanya dihukum penjara selama 16 tahun, serta Maysoun al-Jebali yang menjalani hukuman selama 15 tahun, Nourhen Awad yang dihukum selama 13-setengah tahun, Israa Ja’abis selama 11 tahun, Rawan Dar Abu Matar selama sembilan tahun, dan Marah Bakir, yang dikenakan hukuman selama lapan-setengah tahun.

Seramai lapan orang daripada mereka adalah kanak-kanak, termasuk Malak Salman yang dihukum selama 10 tahun, Manar Shweiki selama enam tahun, Lamia al-Burki selama tiga tahun tiga bulan, dan juga Hadiya Areinat yang dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun.

(PIC)

SHARE