35 penduduk Palestin termasuk wanita dikenakan tahanan pentadbiran tanpa pengadilan

RAMALLAH, 13 Mac 2017 (PIC) — Rejim Zionis mengenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan ke atas 35 orang penduduk Palestin, termasuk tahanan wanita Ihsan Dababsah dari al-Khalil, sejak awal bulan Mac.

Seramai 13 daripada mangsa ditangkap buat pertama kali.

Tahanan pentadbiran merupakan hukuman penjara selama enam bulan ke atas penduduk Palestin tanpa sebarang pendakwaan mahupun pengadilan, hanya dengan berdasarkan kepada “bukti rahsia” yang tidak boleh diketahui oleh mangsa mahupun peguam mereka. Tempoh tahanan tersebut bagaimanapun boleh diperbaharui tanpa had.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts