DAMASKUS, 23 Okt 2018 — Keluarga Palestin yang menjadi pelarian kali kedua di kem Deir Ballout di utara Syria mengadakan bantahan selama tiga minggu berturut-turut, menuntut UNRWA supaya menunaikan tanggungjawab memberi bantuan perubatan dan kemanusiaan.

Keadaan di kem Deir Ballout amat tenat, tanpa kemudahan asas dan bantuan. Seramai 350 keluarga Palestin menumpang tinggal di situ.

Lebih 75 lagi keluarga bertarung hidup di kem al-Shabiba di kawasan I’zaz, luar kota Aleppo, selepas dipaksa keluar dari kem Yarmouk di Damaskus.

(PIC)

SHARE