350 pohon anggur dimusnahkan oleh pendatang Yahudi

BEIT LAHM, 5 Julai 2018 — Sekurang-kurangnya 350 pohon anggur milik petani Palestin di bandar al-Khader, selatan Beit Lahm, telah dimusnahkan oleh gerombolan pendatang Yahudi awal pagi tadi.

Pohon-pohon yang ditanam sejak beberapa tahun lalu oleh petani Islam Ali Jaber itu ditebang dengan mesin gergaji. Ia terletak di kawasan ath-Thaghra bersebelahan penempatan haram Daniel yang di bina di atas tanah penduduk Palestin.

Kejadian seperti ini meningkat menjelang ketibaan musim menuai anggur tidak lama lagi.

Tanaman anggur menyumbang 12% daripada hasil tuaian di wilayah Tebing Barat. Ia sering dicuri dan dimusnahkan oleh pendatang Yahudi, menyebabkan kerugian besar kepada petani Palestin.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts